PENGENALAN
RIM merupakan satu dari kaedah penyelesaian kepada masaalah kesesakan jalanraya,jalan yang sempit dan kepadatan penempatan semasa hadir ketempat kecemasan.Ia adalah hasil inovasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang telah memenangi anugerah tempat ketiga dalam Commonwelth Association for Public Administration and Management (CAPAM) pada tahun 2000.Terdiri daripada 3 buah Motorsikal Berkuasa Tinggi ST 1300cc dan VFR 800cc.
1. Motor Resque = Memuatkan peralatan menyelamat
2. Motor Pam = Memuatkan Pam
3. Motor Hos = Memuatkan Hos
TUGAS-TUGAS YANG DIJALANKAN
Anggota Unit ini hendaklah bersedia menjalankan tugas-tugas berikut:
1. Memadam Kebakaran
2. Menyelamat kemalangan Jalanraya
3. Menjalankan Tugas-tugas Rondaan
4. Pameran/Demontrasi dan Latihan
5. Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa kemasa
MEKANISMA OPERASI
SEBELUM OPERASI
Pegawai bertanggungjawab perlu menentukan,setiap anggota unit/petugas hendaklah:
1. Sihat diri dari segi Fizikal dan Mental.
2. Pakaian dan peralatan hendaklah lengkap dan sedia digunakan pada bila-bila masa .
3. Membuat pemereksaan fizikal terhadap motorsikal dan peralatan operasi pada motorsikal tersebut.
SEMASA OPERASI
Semasa hadir ketempat kejadian,dan menjalankan operasi kebombaan,setiap anggota unit ini hendaklah:
1. Keluar dengan serta merta ketempat kecemasan apabila menerima arahan dari bilik awasan/kawalan. Norma masa keluaran jentera Bomba (90 saat daripada masa menerima panggilan).
2. Dilarang menjadi pengiring bermotorsikal kepada kenderaan Bomba atau menahan kenderaan lain untuk memberi laluan kepada kenderaan Bomba bagi hadir ketempat kecemasan.
3. Menunggang hendaklah dalam jarak yang selamat,mematuhi semua undang-undang lalulintas,bertertib dan dalam disiplin yang tinggi samaada dalam keadaan biasa ataupun dalam keadaan kecemasan. Menunggang dengan kelajuan yang tinggi,mencelah secara simpang siur,potong memotong sesama sendiri, Bercakap antara satu sama lain dan membunyikan siren secara berlebihan adalah dilarang. Ketua atau mana-mana anggota yang tahu tempat kecemasan hendaklah mendahului pasukan.
4. Apabila sampai ditempat kejadian,hendaklah meletakkan motorsikal ditempat yang sesuai dan tidak menggangu lalulintas atau operasi. Hendaklah sentiasa bantu membantu antara satu sama lain . Motorsikal hendaklah ditempatkan ditempat yang selamat dan tidak memungkinkan ia terjatuh,dicuri,hilang atau dirosakkan. Tindakan ini hendaklah dilakukan dengan cepat,cermat dan waspada.
5. Mematuhi POS dan Arahan Jabatan yang berkaitan dengan operasi kebombaan yang dijalankan.
6. Dalam keadaan dimana anggota RIM tidak dapat menjalankan operasi kebombaan disebabkan kebakaran atau kemalangan yang besar,Ketua Unit Rim ini hendaklah:-
6.1. Memaklumkan segera kepada bilik awasan/kawalan dan minta bantuan tambahan.
6.2. Mencari punca air jika berlaku kebakaran.
6.3. membuat size up atau assessment tentang insiden tersebut dan maklumkan kepada Komander Operasi.
6.4. Menenangkan mangsa dan maklumkan bahawa pasukan bantuan akan tiba segera.
6.5. Menjalankan tugas-tugas yang sewajarnya.
6.6. Jika jentera Bomba sampai ditempat kecemasan,ketua operasi unit RIM hendaklah dengan segera melaporkan kepada Pegawai Operasi dan menyerahkan tugas komander kepada beliau. Penugasan Operasi hendaklah dijalan kan bersama dengan anggota daripada jentera bomba sehingga operasi selesai.
SELEPAS OPERASI.
Semasa balik dari tempat kejadian dan sampai kebalai,anggota unit ini hendaklah:
1. Memastikan semua peralatan mencukupi,dikemaskan dan diikat dengan kemas dimotorsikal.
2. Membantu mengemaskan peralatan Jentera Bomba.
3. Menunggang secara berkumpulan dan seiring dengan jenteran bomba samaada didepan atau dibelakang semasa pulang ke Balai.
4. Dilarang membunyikan siren atau menahan kenderaan lain untuk memberi laluan kepada jentera bomba.
5. Membersihkan motorsikal dan peralatan yang digunakan serta meletakkan kembali pada motorsikal dalam keadaan kemas dan selamat.
6. Membuat pemereksaan selepas Operasi berpandukan Check List dan menandakan di Check List bahawa pemereksaan selepas operasi telah dibuat.
7.Melaporkan kepada pegawai Operasi atau bilik awasan/kawalan bahawa unit motorsikal selesai menjalankan tugas dan siap sedia untuk tugas-tugas yang lain.
MATLAMAT
Matlamat POS ini adalah mengariskan arahan gerak kerja yang perlu dipatuhi oleh unit RIM dalam memberikan khidmat operasi kebombaan dengan lebeh bersistematik dengan keupayaan menyeluruh kepada asas melawan kebakaran,menyelamat,paramedic dan komunikasi.
TAFSIRAN
Kenderaan Jabatan
Merangkumi beberapa jenis kenderaan yang dimiliki oleh JBPM seperti berikut:Fire resque Tander(FRT),Rapid Fire Resque Tander(RFRT),Jentera Tangki Air,Jentera Foam Tander, Kembalik,Van,Lori,Pajero,Motorsikal, dll.
Ketua Unit Rim
pegawai atau anggota terkanan dari segi pangkat. Dalam ketidak hadiran ketua ini,pegawai atau anggota yang terkanan dari segi perkhidmatan ,hendaklah menjadi ketua.Jarak yang Selamat
Mengekori pada jarak minimum 2 saat daripada kenderaan hadapan.BIDANG KUASA
1. Seksyen 18 & 19,Akta Perkhidmatan Bomba 19882. Unit RIM diletak terus dibawah perintah dan kawalan Ketua Balai dimana unit ini ditempatkan.Ketua Balai hendaklah memastikan semua anggota unit ini mematuhi segala arahan yang termaktub dalam POS ini dan lain-lain arahan yang dikeluarkan dari masa kemasa.
Sebarang keraguan atau masaalah dalam pengurusan unit ini hendaklah dirujuk kepada Penolong Pengarah Operasi. Jika Timbul sesuatu isu yang tidak termasuk dalam POS ini atau mana-mana arahan Jabatan yang lain,Penolong Pengarah Operasi hendaklah merujuk kepada Pengarah Bomba Negeri untuk mendapatkan keputusan.
ARAHAN AM
1. Memiliki lesen sah memandu Malaysia kelas B yang berkuatkuasa dan diberi kebenaran secara bertulis oleh Pengarah Bomba Negeri.2. Memahami dan mematuhi undang-undang dan peraturan lalulintas,mahir dalam menunggang dan mengendalikan motorsikal berkuasa tinggi serta mahir mengendsalikan peralatan-peralatan memadam kebakaran dan penyelamatan dan paramedik.
3. Memakai pakaian celoreng yang lengkap. Disamping itu pakaian khas unit RIM seperti kasut,helmet,cermin mata gelap,sarung tangan jeket dan lain-lain peralatan yang dibekalkan hendaklah dipakai.
4. Memastikan motorsikal dan peralatan operasi sentiasa berada dalam keadaan selamat,bersedia untuk digunakan,bersih dan diselengara mengikut jadual.Peralatan hendaklah sentiasa berada dimotorsikal tersebut mengikut unit.Pengunaan Peralatan dan motorsikal bagi tujuan lain atau pengalihan tempat peralatan adalah dilarang sama sekali.
5. Pada setiap masa, kuantiti bahanapi didalam tangki hendaklah tidak kurang daripada 60% daripada paras maksimum muatan tangki tersebut.
6. Motorsikal diletakkan ditempat sesuai yang bebas daripada hujan dan panas serta sentiasa dapat dipantau dari bilik kawalan.
7. Menunggang dalam satu set (3 buah motorsikal) semasa menghadiri operasi atau membuat ujian penunggangan atau sebarang keadaan lain yang memerlukan kehadiran unit ini kecuali kepada keadaan tertentu yang diarahkan oleh pegawai kanan.
8. Disamping menunggang motorsikal,semua anggota unit hendaklah juga mengawasi peralatan yang dibawa antara satu sama lain ,jika didapati longgar ikatan atau kurang selamat,hendaklah dengan segera memaklumkan kepada anggota berkenaan.
9. Melaporkan dengan serta merta kepada Ketua Balai atau kepada pegawai terkanan yang hadir tentang kerosakan,kehilangan atau kecacatan terhadap motorsikal dan peralatannya dan ianya hendaklah direkodkan.
10. Semua pergerakan unit RIM hendaklah dicatit didalam buku harian balai yang berada dibilik kawalan
11. Unit RIM hendaklah mencatitkan tugasan operasi yang diarahkan dalam buku catatan unit RIM yang dibekalkan.
12. Hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan dari masa kemasa.Arahan -arahanyang terdahulu yang ada kaitan dengan penugasan dan pengoperasian unit ini jika tidak bercanggah juga hendaklah dipatuhi.
13. Mana-mana orang,selain daripada anggota unit ini atau mana-mana orang yang diserah tanggungjawab untuk membaiki dan meyelenggara kenderaan ini,tidak dibenarkan untuk membuat ujian saperti menghidupkan injin ,membunyikan siren,lampu atau lain-lain perkara yang akan mendatangkan kerosakan kepada motorsikal ini.Sebarang ujian yang dijalankan hendaklah dengan kehadiran anggota RIM berkenaan.
PENYELENGARAAN DAN PENJAGAAN MOTORSIKAL
Penyelengaraan dan Penjagaan Motorsikal hendaklah dilakukan seperti berikut:
1. Berpandukan kepada arahan jabatanberkaitan penyelengaraan kenderaan Bomba bil JBM/BPPP/07003/(4) bertarikh 20hb.November 1985.
2. Disamping itu,pemereksaan berikut hendaklah dilakukan:
2.1. Pemereksaan Harian
2.2. Pemereksaan Mingguan
2.3. Pemereksaan Bulanan
2.4. Lain-lain pemereksaan yang diarahkan oleh Bahagian Kejuruteraan.
3. Jika terdapat sebarang kekurangan pada sistem mekanikal yang berterusan,kerosakan atau kehilangan berkaitan dengan peyelengaraan atau penjagaan motorsikal,hendaklah dengan serta merta lapor ke bahagian kejuruteraan.
4. Semua anggota unit ini atau individu yang bukan daripada bahagian kejuruteraan atau wakil kepada pembekal,adalah tidak dibenarkan untuk membaiki sebarang kerosakan. keperluan pembaikan yang ringan dan bukan teknikal dan bukan berkaitan enjin,adalah dibenarkan setakat mana kemampuan dan kemahiran anggota.
KOMUNIKASI
1.Komunikasi yang jelas,tepat dan ringkas hendaklah sentiasa diamalkan oleh setiap anggota yang terlibat dalam operasi ini.2. Tatacara penghantaran dan penerimaan maklumat hendaklah sentiasadipatuhi pada setiap masa (Perintah Tetap Operasi Bil.3/2002)
3. Sentiasa mengekalkan perhubungan radio wayarless diantara :
- Balai
- Tempat Kejadian
- Bilik Kawalan,Ibu Pejabat JBPM Negeri


No comments:
Post a Comment